Tuesday 11 November 2014

Peluang Menjana Pendapatan Pasif Dengan Mudah dan Lumayan Melalui Pajakan Kereta Sewa

Syarikat kami menjalankan perniagaan Kereta Sewa dan mempunyai beberapa cawangan di Malaysia. Yang mana ketika ini kami memerlukan kereta untuk dipajak. Ini disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi melebihi jumlah kereta syarikat kami yang sedia ada. Program ini juga dibuka bagi memberi peluang kepada rakan-rakan yang berminat untuk menambah pendapatan pasif.

Oleh itu sukacita dimaklumkan bahawa syarikat kami kini membuka peluang kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat menjalinkan usahasama di dalam bisnes kereta sewa melalui konsep pajakan kereta sewa.

Secara umumnya konsep kerjasama ini adalah seperti berikut;
  • Pemilik kereta perlu membeli kereta setelah berbincang dengan syarikat kami.
  • Segala urusan membeli kereta diuruskan oleh syarikat kami (kecuali yang bersangkut paut dengan perjanjian di antara pemilik kereta dengan pihak bank dan penjual kereta).
  • Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh syarikat kami.
  • Pembelian kereta ditanggung 100% (sepenuhnya) oleh syarikat kami. Maknanya pemilik kereta tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal untuk membeli kereta berkenaan dari A hingga Z.
  • Selain itu deposit (downpayment) ditanggung 100% oleh syarikat kami.
  • Ansuran bulanan (loan repayment) ditanggung 100% oleh syarikat kami.
  • Segala kos berkaitan kereta tersebut termasuk kerosakan, kos memperbaharui insuran dan cukai jalan, kos penyelenggaraan (maintenance) dan lain-lain kos semuanya ditanggung 100% oleh syarikat kami.
  • Pemilik kereta tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan.
  • Wang pajakan dibayar kepada pemilik kereta setiap bulan ialah sebanyak:-
  1. RM200 untuk model Perodua Viva.
  2. RM300 untuk Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Saga BLM / FL / FLX / SV (atau yang sebanding).
  3. RM350 untuk Perodua Alza dan Proton Exora.
  4. SEMUA jenis kereta buatan Malaysia kami terima untuk dipajak terutamanya Perodua Viva Auto, Perodua Myvi Auto dan Perodua Alza Auto.
  • Wang pajakan dibayar selama 8 bulan setiap tahun.
  • Ini kerana hasil kutipan sewa selama 4 bulan akan digunakan untuk memperbaharui insuran, cukai jalan dan penukaran alat ganti kereta yang telah rosak, serta semua kos yang bersangkut paut dengan kereta berkenaan.
  • Setelah tamat tempoh pajakan, kereta berkenaan perlu dijual dan hasilnya di bahagi 50% untuk tuan kereta dan 50% untuk syarikat kami. Contoh, sekiranya kereta yang tamat pajakan berkenaan dijual pada harga RM20,000. RM10,000 diberi kepada pemilik kereta dan RM10,000 lagi untuk syarikat kami.
  • Tetapi sebelum diberi kepada pemilik kereta, 50% daripada jumlah deposit (downpayment) yang dikeluarkan oleh syarikat akan ditolak. Contohnya, semasa mula-mula membeli kereta berkenaan deposit yang dikeluarkan oleh syarikat ialah RM5,000 dan dibayar tunai kepada bank. Selepas tempoh pajakan tamat dan kereta dijual, 50% daripada deposit itu tadi atau RM2,500 (RM5,000 / 50%) akan ditolak. Sekiranya 50% dari hasil jualan ialah RM10,000 (rujuk contoh di atas), maka pemilik kereta akan meraih keuntungan sebanyak RM7,500 (RM10,000 - RM2,500) bagi jualan sebuah kereta.
  • Sekiranya pemilik kereta ingin memiliki kereta tersebut, maka hendaklah dibayar 50% dari harga semasa kereta berkenaan kepada syarikat kami beserta dengan 50% downpayment yang telah dibayar oleh syarikat. Sebaliknya, jika pemilik tidak memerlukan kereta berkenaan tetapi syarikat kami merasakan ianya masih diperlukan, maka pihak syarikat akan membeli kereta berkenaan daripada pemilik kenderaan dengan membayar 50% dari harga pasaran semasa kereta berkenaan sahaja.
  • Sekiranya kereta berkenaan masih diperlukan oleh kedua-dua pihak dan dirasakan masih dalam keadaan sesuai untuk disewakan, maka bolehlah dipajak lagi untuk beberapa tahun berdasarkan perjanjian BUKAN kereta baru. Sila teruskan bacaan di bawah untuk memahami pajak kereta sedia ada (bukan baru).

Jadi, secara kasar bolehlah diandaikan keuntungan dari mula perjanjian (kereta baru di atas) sehinggalah tamat perjanjian setelah dicampur keuntungan setiap bulanan dengan keuntungan jualan kereta ialah lebih kurang RM20,000 atau ke atas bagi pihak pemilik kereta !!

Perjanjian Pajakan akan disertakan dengan perjanjian secara hitam putih.

Perjanjian Pajakan di atas ialah untuk kereta BARU sahaja. Untuk pemilik kereta yang memang mempunyai kereta (kereta yang sudah digunakan, walaupun kurang dari 1 tahun penggunaanya) dan ingin memajak kereta mereka, sila baca di bawah.

Sekiranya anda sudah atau memang memiliki kereta dan berminat untuk bekerjasama, pihak kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan anda. Untuk pajakan jenis ini, kebiasaannya syarikat kami mengambil komisyen 30% sahaja daripada hasil sewa, dan selebihnya iaitu 70% akan diberikan kepada pemilik kereta. Pemberian hasil sewa diberikan SETIAP BULAN (12 bulan). Jadi kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapat pasif dengan kenderaannya, atau terbeban dengan tunggakan kereta, atau mempunyai masalah membayar bulanan kereta, apa kata hubungi kami, dan kami menggunakan kereta tersebut untuk disewakan, dan hasilnya akan dinikmati bersama-sama (win-win situation). Pun begitu, hanya kereta yang didaftarkan pada tahun 2001 dan ke atas sahaja yang kami terima untuk dipajak.

Pembahagian keuntungan kami mudah dan straight forward, iaitu pembahagian sebanyak 70% pemilik kereta dan 30% syarikat kami. Secara kiraan kasar, ianya bermaksud sekiranya hasil perolehan sewa sebulan pada bulan berkenaan ialah RM1,000 maknanya pemilik kereta dapat RM700 dan syarikat kami dapat RM300. Sekiranya hasil perolehan sewa ialah RM2,000 maka pemilik kereta dapat RM1, 400 dan syarikat kami dapat RM600. Dan begitulah seterusnya.

Bagaimana Untuk Anda Menyertai Program ini?
Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, anda bolehlah menghantar email ke: penangcarrental@gmail.com

Atau hubungi kami terus di No Telefon (Whatsapp atau SMS sahaja):
013 560 2433
014 345 9288


Di dalam email / Whatsapp atau SMS tersebut, sila sertakan:
Nama Penuh:
Email:
No Telefon:
Lokasi Anda:
Jenis Kereta:
Tahun Didaftarkan:

P/S: Bagi yang baru ingin merancang untuk membeli dan memajak, tidak perlu isi Jenis Kereta dan Tahun Berapa di atas.

Terima Kasih

Untuk menerima update mengenai syarikat kami, anda boleh juga menjadi Fans kami dengan tekan butang LIKE di Fanpage kami: Penang Car Rental

Anda juga boleh menjadi rakan Facebook kami dengan cara Add Friend DI SINI.

7 comments:

  1. Quick Cabs is the best and reputed cabs provider in Bangalore,we offering 24 hours city taxi service,we provide luxury city taxi and Airport taxi in low price. car hire bangalore

    ReplyDelete
  2. Car rental in Nepal organized by the mountain Air car rental service Nepal. we organize the car rental facility all over the Nepal. Both big and small group we manage the choice able car rental in Kathmandu Nepal. Either only sightseeing in kathmandu valley or joined itinerary such as kathmandu, chitwan, pokhara, lumbini we provide the car rental facility for your family tours, group, single or couple.

    car rental in Nepal
    Car rental in Nepal Katmandu

    Vehicle and car rental Nepal
    Mount Air car rental service
    cell:+977-9851005685

    ReplyDelete
  3. It is one of the safest and wisest options to pay a pre decided price with the car rental means. Therefore, car rentals are the budget friendly travel option in true sense. It is the choicest option for travelling. Car rental in Delhi is easily available to cull out necessary information from the internet or to call a car rent provider of choice. The car rental industry is in a state of recovery. The industry is performing well financially regaining its footing relative to its actual economic position within the last five years.
    http://dehraduntaxi.net/

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing useful information with us.
    SB Rent Car Services

    ReplyDelete
  5. Chandragiri Cable car
    Thankot Chandragiri cable car service for easy tour to Chandragiri hills to see the views. Book Chandragiri Cable car ticket for Chandragiri Hill tour.Green City Travel and Tours Managed the Chandragiri Cable car ticket. It cost Rs. 700 NPR for both way Chandragiri Cable car ticket. cost will be different according to the Nationality. Book and reservation Chandragiri Cable car ticket from our travel agency Kathmandu Nepal.

    ReplyDelete